Tuesday, September 01, 2015

Come Marry Me -_-

Mak Mon dah makin bising i sibuk cari beli rumah instead of cari laki haha. Bukan i tak nak kawin, xde orang laki serius ngorat/ ajak kawin. yg main2 friendly flirting tu ade la. Cer cakap direct "yah jom kawin bulan disember ni" kan senang i reply yes or no. Janganlah tanya "bila nak kawin?" - i boleh interpret banyak variasi. Dah tua bila nak kawin. Nak kawin dgn siapa. Bla2. Lainlah kalau tanya "kita bila nak kawin?" *guling mata*

Kalau ade laki yg baca ni, Islam, single, straight, memenuhi rukun sah kawin, & paling penting berminat nak kawin, ha meh baca iklan anak dara ni:

Name: pm for details. X boleh type kat sini kang google name i kluar pulak link blog ni haha *tutup mulut*
Umur: 26 tahun. Lahir '89
Tinggi: 165cm. Agak tinggi utk melayu. Kalau x suka pompuan tinggi, well too bad. Go pakai man-heels. Takkanlah nak i jalan melutut pulak kan *senyum sinis*
Berat: 67kg. Tapi i tgh dalam proses menjadi lebih sihat/fit. Ade potensi berat dan saiz badan berkurang di masa akan datang. Hoho
Status: Islam, anak dara single never married.
Fizikal: muka x huduh. makcik2 kakak2 cakap saya comel. Lelaki jarang puji. Rasanya pernah dengar org laki puji 3 orang je kot. Haha pathetic sungguh *nangis* sempurna tubuh badan, tiada kecacatan ataupun sakit kritikal/ sakit genetik/ sakit mental/ penyakit berjangkit. Family medical history - from mak ade darah tinggi & kencing manis. Parut kulit here and there. Kalau x nak parut lepas kawin belikan SKII la weh
Pendidikan: paling tinggi degree. Sy budak pandai. UPSR 5A, PMR 8A, SPM 11A1. Degree je x cemerlang. Makin besar makin malas pulak *kecewa*
Kerja: engineer.
Location: johor
Harta: rumah 1 dah beli duduk start bayar. 2 in progress. Kereta ade tapi name org lain (bayar sendiri jugak).
Keperabadian:
- masih perlu disiplin/orang pantau bab solat dan agama. Yg paling liat adalah subuh & baca quran. Solat lain no prob. Pakai tudung. Pandai jaga batas pergaulan. strict bab sentuh pegang2 lain jantina. I don't smoke. I don't drink. Gadis desa yg agak konservatif. (I'm saying that i'm not a bad girl iykwim)
- perangai - degil dan garang. I give what i get. Baik dgn org yg i suka, freezing cold with the rest. Baik dgn org yg baik to me. Proud. You can see it from this writing right. I am proud because i know what i deserve. Entitled.
- skill at home - pandai masak, pandai baking. Pandai urut (org ckp tangan besar gedabul ni sakit). Kemas rumah bila rajin. Threshold tahan tengok rumah sepah is 1 week. Threshold tahan tengok dapur sepah is 2 days. Standard hygienic routine applies. Mandi at least once everyday. Laundry at least once every week. Diy/tooling skill boleh la sikit2. Engineer kan haha
- minat & hobi - outdoor, jalan2, futsal, sukan. Menjahit, membaca.

Calon yg layak memohon:
- a man with his own income. X kisah more or less than me, as long as tak kacau my money. Bukan kedekut, just that i have my own plan for them. Will most likely sign a pre-nup haha
- single (never married or widowed i don't care. Just not married/engaged)
- Islam, straight.

Hah sape kata i tak nak kawin. Meh la

*senyum simpul ibarat angel*

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...