Wednesday, November 26, 2014

purchasing my first house

Setelah menyewa kat 3 buah rumah (bintang utama kat senai, jalan enggang, and now at jalan belian bandar putra kulai), penat dah kena pindah-randah. Masa kat senai pindah sebab pilihan sendiri nak duduk bandar putra yang lagi best life after office. Then pindah dari enggang sebab housemate nak kawin. Now kena move out sebab owner nak duduk kat rumah dia sendiri dah.

Rasanya dah sampai masa beli rumah sendiri. Mampu je bayar monthly installment. So i did.

Setelah 2 tahun berangan nak beli rumah (time tu rumah dapat lagi harga 100k lebih!), dah baca inspiring book by FR, study itu ini and latest, terkena batang hidung dekat havoc hartanah (terasa betul time speaker tu cakap buat ape tangguh2 lepas jumpa property yg cun).
(Plus berjaya collect saving sikit for downpayment lepas almost setahun mendisiplinkan diri sendiri tolak invitation kengkawan dan family pergi bercuti yg over RM200... Simpan at least 1k sebulan. Seriously you will know the value of money when you're saving up to buy a property. Every expenses count. Nak pergi jalan jauh dan mahal? No can't do. Nak beli barang melagha? No can't do haha 😅)

Yesterday on 24 Nov 2014 i went to book a property. Bayar 1%. Now (agent) in the middle of processing loan and all those legal things. Mula-mula tu nervous and rasa hesitant jugak nak beli rumah ni. Sebab benda baru, diri sendiri tak pernah tau proses beli rumah. Tapi borak dengan agent ni, ok la jugak. Pakcik tu suka and semangat borak bila aku tanya pasal rental, cakap nak beli 2nd house. Dia suka la orang celik hartanah investment. Harap-harap pakcik tu dapat setelkan my purchase dengan jayanya. Baru boleh guna dia lagi beli next house haha.

Dengan pakcik ni, kitorang pergi tengok 5 unit. Tapi yang aku pilih end lot teres. Berkenan sebab ade tanah tempelan lebih sikit dekat depan rumah. Pastu parking space keliling rumah banyak. Senang tak payah gaduh2 haha. Rumah ni rental yield dia x tinggi sebab price tak murah. Memang x pulang installment la. Tapi pilih dia sebab rumah ni i can see myself living here for many years.

Insya Allah early dec after current tenant move out, repairman akan start kerja. Serius berharap semua urusan rumah ni lancar. Ammeen.

First thing nak buat, lepas rumah lawa sikit, bawak mak datang tengok haha ;)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...