"ibu, mengapa ibu menangis? ibu sakit? sedang bersedih?"
"bukan, anakku"
"tapi air mata ibu..."
"air mata itu kekuatan wanita."saya rasa mahu menangis. tapi bukan kerana saya gembira atau suka. saya terasa mahu menangis kerana saya sudah lama tidak menangis. lagi saya suka-suka sahaja biarkan ia bergenang dan berlinang.
apa istimewanya tangisan, walhal ia hanya rembesan cecair tidak beda dari peluh?
apa istimewanya air mata, hingga ia dinobat kekuatan wanita?
kuatkah wanita yang jadikan tangisannya senjata merobek jantan dari kejantanannya, air mata lakonan sang buaya betina penuh kalkulasi. mengapa ya para lelaki cukup lemah dengan air mata, cukup lembik bila kita menangis depan mereka. air mata yang mengalir itu alat menarik simpatikah? mungkin ia bukan 'kekuatan wanita', tapi 'kelemahan lelaki' semata.
tiba-tiba aku rasa sedih. sedih yang amat. hati tak tenteram. jiwa kocak. tapi aku salah seorang yang tak percaya air mata itu lambang kekuatan seorang perempuan. maka aku tak menangis walaupun aku amat ingin sekali. aku tak mahu menangis depan kamu. sedih aku kau tak tahu. lalalala *gila*
No comments:
Post a Comment